SMPU09US

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

FAKULTI USULUDDIN

Alhamdulillah pada 12ogos 2009, atas cadangan beberapa sahabat maka terhasillah blogspot ini.Salah satu tujuan ialah untuk memasukkan maklumat-maklumat terkini tentang kuliah dan tentang KUPU SB juga amnya.Di harap Blog ini dapat di jadikan rujukan atau panduan saudara-saudari ku. Jikalau biskita adakan dikongsikan, silakan, jgn malu..

MAKLUMAN TERKINI!!SILA AMBIL PERHATIAN

JADUAL PEPERIKSAAN (SMPU09US)SEMESTER 1 BAGI TAHUN 1430H/2009M link ja BERMULA 30/11/2009 BERAKHIR 12/12/2009 Sekian Harap Maklum

Pic kami dengan kuliah-kuliah yang lain


Pelajar-pelajar baru bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis,Ustaz Pg.Hj Bahrom bin Pg.Hj Bahar,Timbalan S.U.T KHEU
السلام عليكم ورحمة الله وبركاثه

Untuk memulakan pembukaan Blog ini..sama-samalah biskita membacakan apa-apa saja bacaan ayat suci al-Qur'an.Semoga dengan berkat,izin dan kehendak serta kuasa Allah dapatlah kiranya Blog ini turut sama-sama berjuang untuk memartabatkan Ad-Dinulislam sebagai cara hidup kita semua.Dan sama-samalah kita memanfaatkan Blog ini.
(Sebagai Pengenalan SMPU09US bukan lah Pro U.S.(United States

Singkatan ini diambil dari
SARJANA MUDA PERGURUAN UGAMA(TAHUN 2009)USULUDDIN
KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN

27JULAI 2009 adalah tarikh bersejarah bagi kami semua,kerana pada hari yang bersejarah ini adalah tarikh kami memasuki dan mendaftar sebagai pelajar atau pun siswa/i.Seterusnya selama 4hari 3malam kami di berikan penginapan percuma untuk menjalani Minggu Ta'aruf iaitu
minggu pengenalan ataupun orientation week.Bagi penuntut atau pun siswa/i yang bukan dari kalangan "Latihan dalam Perkhidmatan" akan di berikan kemudahan penginapan di asrama putera dan puteri secara berasingan selama 4tahun untuk bakal pemegang ijazah sarjana muda,dan 2tahun bagi bakal pemegang HND Perguruan Ugama.
Dengan adanya minggu Ta'aruf dapatlah serba sedikit info dan bayangan budaya belajar di kupu sb iaitu mementingkan ketepatan Masa sabagai keutamaan.

to be continued..........

0 comments:

Catat Ulasan



 

Tanggungjawab Setiap Individu
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Ketahuilah! Semua kamu bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing. Amir (ketua) adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rakyatnya, suami adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan keluarganya, isteri adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rumahtangga suaminya dan anak-anaknya; dan hamba-hamba sahaya adalah pengawas yang bertanggungjawab atas harta tuannya. Ketahuilah! Semua kamu adalah pengawas yang bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing". (Hadith riwayat Imam Muslim)