SMPU09US

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

FAKULTI USULUDDIN

Alhamdulillah pada 12ogos 2009, atas cadangan beberapa sahabat maka terhasillah blogspot ini.Salah satu tujuan ialah untuk memasukkan maklumat-maklumat terkini tentang kuliah dan tentang KUPU SB juga amnya.Di harap Blog ini dapat di jadikan rujukan atau panduan saudara-saudari ku. Jikalau biskita adakan dikongsikan, silakan, jgn malu..

MAKLUMAN TERKINI!!SILA AMBIL PERHATIAN

JADUAL PEPERIKSAAN (SMPU09US)SEMESTER 1 BAGI TAHUN 1430H/2009M link ja BERMULA 30/11/2009 BERAKHIR 12/12/2009 Sekian Harap Maklum

25/08/2009

PENDIDIKAN MENGIKUT PANDANGAN TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN TIMUR.

1. CONFUCIUS:

Pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara.

2. RABINDRANATH TAGORE:

Ia merupakan suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan fikiran yang cergas, saintifik, jelas, berani dan bebas.

3. MUHAMMAD QUTB;

Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.

4. DR. MOHD ATHIYYAH AL IBRASYI;

Proses pendidikan sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam.

5. AMAR AL-SYAIBANI:

Pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.

6. AL-GHAZALI:

Proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati.

7. HASSAN LANGGULUNG:

Pendidikan adalah satu bentuk interaksi manusia. Ia adalah suatu tindakan social yang dimungkinkan berlakunya melalui suatu jaringan hubungan kemanusiaan. Jaringan-jaringan ini bersama dengan hubungan dalam peranan individu di dalamnyalah yang membentuk watak pendidikan masyarakat.

8. HAMKA:

Pendidikan ialah proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani, serta budi pekerti yang mulia seperti sikap merendahkan diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.

PENGERTIAN PENDIDIKAN MENGIKUT PANDANGAN TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN BARAT

1. PLATO:

Pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.

2. JOHN MILTON:

Pendidikan yang lengkap dan sempurna merupakan pendidikan yang membolehkan manusia bertindak secara adil dan bertimbang rasa dalam segala bidang kerja dan pada setiap masa.

3. ARISTOTLE:

Pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etika dan politik. Menurut beliau pendidikan bertujuan memberikan setiap warga negara segala peluang untuk mencapai kebahagiaan hidupnya. Proses pendidikan dapat melatih warga negara mematuhi peraturan-peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap dalam pengurusan mentadbir serta berkeupayaan mempertahankan kedaulatan negara.

4. PESTALOZZI:

Pendidikan itu ialah menyediakan dan melayakkan manusia bagi tanggungan-tanggungan dan pekerjaan-pekerjaan masing-masing di dalam hidupnya terutama sekali pendidikan itu hendaklah melalui pengenalan satu-satu yang kelihatan dan terang.

5. JEAN JACQUES ROUSSEAU:

Pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak kecil. Dalam proses ini, segala kebolehan semula jadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semula jadi.

6. MARIA MONTESSORI:

Pendidikan sebagai suatu proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan social kanak-kanak.

7. JOHN DEWEY:

Pendidikan ialah satu proses perkembangan individu. Menurut beliau ia merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.

8. FROEBEL:

Pendidikan adalah bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia.

9. JAMES MILL:

Pendidikan adalah satu proses memberi pertolongan maksima kepada setiap anggota satu-satu masyarakat supaya hidup ini penuh keselesaan serta kegembiraan.

10. JOHN PARK:

Pendidikan ialah seni atau proses menyampaikan atau memperoleh ilmu pengetahuan dan tabiat melalui tunjuk ajar atau pengkajian.

Ramai ahli pendidik pada umumnya mentafsirkan pendidikan sebagai proses penyediaan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran kehidupan masa deoan mereka dan membina sahsiah dengan harmonis dan seimbang.

Berdasarkan pentafsiran-pentafsiran pendidikan oleh beberapa pakar dan ahli-ahli pendidikan di atas, dapatlah kita rumuskan pengertian pendidikan seperti berikut:

“Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, social dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.

Dapatlah disimpulkan bahawa:

1. Pendidikan ialah satu proses pemerolehan dan perbincangan pelbagai idea.

2. Pendidikan dapat memajukan kehidupan manusia.

3. Pendidikan dapat membentuk personaliti dan minda manusia dengan menyampaikan prinsip-prinsip, nilai-nilai dan sikap yang betul.

4. Pendidikan adalah satu keperluan dan bukan satu lagi kehendak untuk umat manusia.

DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM

Untuk memberikan pengertian pendidikan Islam yang sempurna, terlebih dahulu kita ungkapkan beberapa butir-butir ajaran agama Islam yang ada hubungannya dengan masalah tersebut, iaitu agama Islam mengajarkan bahawa:

1. Agama Islam diturunkan ke bumi oleh Allah Subhanahu Wata’ala bersesuaian dengan fitrah manusia. Firman Allah dalam surah Al-Rum ayat 30 yang maksudnya lebih kurang:

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.”

2. Agama diturunkan oleh Allah kepada manusia untuk mengembangkan atau untuk memberi petunjuk kepada fitrahnya. Firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 89 yang maksudnya lebih kurang:

“Dan Kami turunkan kepada mu al-kitab (al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.”

3. Manusia diciptakan oleh Allah di bumi adalah untuk menjadi khalifah (penguasa alam). Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 165 yang maksudnya lebih kurang:

“Dan Dialah yang menjadikan kamu pengasa-penguasa di bumi.”

- Sebagai seorang khalifah, manusia itu mempunyai dua tugas pokok iaitu:

1. Mewujudkan kemakmuran di bumi. Sebagaimana firman Allah dalam surah Hud ayat 61 yang maksudnya lebih kurang:

“Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya.”

2. Mewujudkan kebahagiaan hidup. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 16 yang maksudnya lebih kurang:

“Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan-jalan keselamatan.”

- Berdasarkan keterangan di atas dapatlah difahami bahawa pendidikan agama Islam ialah usaha mengembangkan fitrah manusia dengan ajaran agama Islam bagi mewujudkan kehidupan manusia yang bahagia.

- Seringkali kita mencampur adukkan antara pengertian “pengajaran” dengan “pendidikan”, sedangkan keduanya mempunyai pengertian yang berbeza, meskipun ada hubungan yang erat.

- Istilah mengajar bererti memberikan pengetahuan kepada anak agar mereka dapat mengetahui peristiwa-peristiwa, hukum-hukum atau proses daripada sesuatu ilmu pengetahuan. Tegasnya yang dipentingkan adalah dari segi ilmiahnya.

- Manakala istilah mendidik bererti menanamkan tabiat yang baik supaya anak-anak mempunyai sifat yang baik dan berperibadi mulia. Justeru itu pembentukan peribadi anak adalah lebih diutamakan dalam mendidik anak.

- Jelaslah bahawa mengajar adalah bersangkut paut dari segi intelek, manakala mendidik pula berhubung kait

- Berdasarkan keterangan di atas dapatlah difahami bahawa pendidikan agama Islam ialah usaha mengembangkan fitrah manusia dengan ajaran agama Islam bagi mewujudkan kehidupan manusia yang bahagia.

- Seringkali kita mencampur adukkan antara pengertian “pengajaran” dengan “pendidikan”, sedangkan keduanya mempunyai pengertian yang berbeza, meskipun ada hubungan yang erat.

- Istilah mengajar bererti memberikan pengetahuan kepada anak agar mereka dapat mengetahui peristiwa-peristiwa, hukum-hukum atau proses daripada sesuatu ilmu pengetahuan. Tegasnya yang dipentingkan adalah dari segi ilmiahnya.

- Manakala istilah mendidik bererti menanamkan tabiat yang baik supaya anak-anak mempunyai sifat yang baik dan berperibadi mulia. Justeru itu pembentukan peribadi anak adalah lebih diutamakan dalam mendidik anak.

- Jelaslah bahawa mengajar adalah bersangkut paut dari segi intelek, manakala mendidik pula berhubung kait

4. Memakmurkan alam di atas dasar:

i. Kesepaduan dan kesempurnaan iman.

ii. Ilmu dan amal soleh untuk mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

- Dari huraian di atas jelaslah kepada kita bahawa pendidikan Islam itu berpaksikan kepada Tauhid, bersumberkan wahyu dan data empirical, bermatlamat membangun potensi manusia secara padu dan seimbang bagi melahirkan manusia yang bermanafaat untuk dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan alam yang didiaminya serta mempunyai wawasan hidup yang lebih jauh daripada alam ini iaitu kehidupan akhirat.

- Apabila perkataan “Pendidikan” dikaitkan atau disebut bersekali dengan “Islam” menjadi “Pendidikan Islam” maka ia mempunyai maksud yang tersendiri, kerana perkataan “Islam” mempunyai makna dan signifikannya yang tersendiri.

- Islam ialah agama wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk ikutan semua manusia di akhir zaman.

- Makna Islam ialah sejahtera atau selamat. Ia juga bermakna serah diri kepada Allah (Full submission to the will of Allah) untuk menurut perintahNya.

- Oleh yang demikian, agama Islam ialah satu peraturan hidup yang sempurna (the complete way of life) yang mengandungi kepercayaan, amalan dan penerapan nilai.

- Justeru itu, sesiapa yang Islam bermakna ia menyerah diri kepada Allah dan dia selamat.

- Maka sesiapa yang mengikut system pendidikan Islam ia selamat kerana mengikut perintah Allah.

- Pendidikan Islam ialah pendidikan yang berasaskan kepada ajaran Islam yang merangkumi semua aspek, termasuklah kurikulum, proses, system, kaedah dan sebagainya. Ajaran Islam itu pula ajaran yang bersifat universal berasaskan kepada Al-Qur’an dan Sunnah yang merupakan asas yang paling dasar. Di samping itu mengambil kira juga kata-kata sahabat Rasulullah, pemikir-pemikir Islam, nilai kebiasaan masyarakat (Al-‘Uruf) dan kemaslahatan social.

- Kalau diperhatikan kepada definisi yang diberikan oleh penulis-penulis dalam bidang pendidikan, kita dapati maksud pendidikan itu ialah perubahan dalaman dan perubahan tingkah laku .

- Apabila disebut pendidikan Islam ia menjadi lebih khusus dan bermaksud pendidikan yang berteraskan syari’at Islam yang berpandukan Al-Qur’an dan Al-Hadis, dan perubahan yang dikehendaki pula ialah perubahan rohani, akhlak dan tingkah laku seperti yang dianjurkan oleh Islam.

TAKRIF PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT PENDAPAT SARJANA MUSLIM.

MIQDAD YALCHIN:

Proses menerapkan falsafah pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya dalam bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selaras dengan keperibadian yang di gariskan oleh falsafah Islam, supaya sahsiah Islamiah dapat terbentuk di dalam setiap peri laku, tindak tanduk,tingkah laku dan sikap seseorang Muslim, biar bila dan di mana sahaja dia berada.

IBRAHIM HAMDU:

Suatu gagasan konsep yang saling berkait dalam satu carta pemikiran yang berdasarkan kepada beberapa prinsip nilai yang dibawa oleh Islam. Ianya adalah gagasan yang menggariskan beberapa langkah dan landasan ilmiah yang mana jika dilaksanakannya nescaya dapat membentuk peribadi yang sesuai dengan akidah Islam.

AL-QARDHAWI:

Pendidikan Islam sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuk akal dan hati, rohani, jasmani,akhlak dan tingkah laku. Kerana tujuannya ialah untuk menyediakan manusia bagi menghadapi hidup, baik dalam keadaan senang atau susah, dalam keadaan damai atau perang, di samping menyediakan mereka untuk menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatannya, kemanisan dan kepahitan.

KHURSID AHMAD:

Pendidikan Islam sebagai satu latihan akliah, jasmaniah dan ruhiyyah bertujuan melahirkan manusia: lelaki dan wanita.

AL-TAMIMI:

Pendidikan Islam sebagai pendidikan yang yang sebenarnya yang mampu memperbaiki kehidupan manusia dan

mewujudkan keseimbangan peribadi seseorang insan. Islam mempunyai cirri-ciri keimanan, akhlak dan ilmu. Sekiranya cirri-ciri ini tidak ada, maka pendidikan tidak membawa erti yang sebenar, kerana cirri-ciri tersebut merupakan asas untuk mendapat kejayaan dan kemenangan dalam hidup.

ABDUL HALIM EL MUHAMMADY:

Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu Al-Qur’an dan Sunnah, pengalaman Salaf Al-Soleh serta ilmuan muktabar untuk melahirkan insane soleh yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas manusia supaya mengimarahkan ala mini untuk kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat.

ABDUL HALIM HJ. MAT DIAH:

Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam.

Burlian Somad:

Pendidikan ialah aktiviti atau kegiatan yang bertujuan membentuk individu menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang baik dan bernilai tinggi menurut kacamata Islam. Pendidikan Islam juga membentuk rasa anak didik menjadi halus dan tajam sehingga mampu mencintai Allah yang ghaib serta merasa takut mendapat azab Allah, merasa bertanggungjawab untuk mengangkat darjat hidup kaum melarat dan anak-anak yatim, serta perasaan bertanggungjawab untuk membela agama Allah dengan rela mengorbankan apa saja yang di miliki untuk keperluan perjuangan kerana Allah.

Wan Zahidi Wan Teh:

Pendidikan Islam ialah pendidikan untuk melahirkan insan Muslim Mukmin bagi mencapai KHAIRUL UMMAH ( umat terpilih ). Ilmu pengetahuan yang diberi dan tidak menuiju ke arah pembangunan individu secara total, walaupun ilmu itu ilmu pengetahuan agama Islam, maka ia belum sampai ke tahap pendidikan, ia baru pengajaran dan pengetahuan.

- Berdasarkan definisi pendidikan Islam yang dikemukakan oleh para sarjana pendidikan Islam ini dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan Islam merupakan proses mendidik dan melatih aqilah,

jasmaniah dan rohaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan wahyu Al-Qur’an dan Sunnah bagi melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah.

- Pendidikan Islam merupakan suatu pendidikan yang mempunyai hubungan yang erat dengan pencipta (Allah).Ianya bunkanlah merupakan pendidikan yang dibina berdasarkan pemikiran dan kenyataan-kenyataan yang berlaku di sekeliling manusia semata-mata, malahan ia adalah pendidikan yang mengembalikan manusia kepada penciptanya,bertujuan untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat.

Dibuat oleh Ustazah hjh Norani kupu sb

0 comments:

Catat Ulasan



 

Tanggungjawab Setiap Individu
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Ketahuilah! Semua kamu bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing. Amir (ketua) adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rakyatnya, suami adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan keluarganya, isteri adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rumahtangga suaminya dan anak-anaknya; dan hamba-hamba sahaya adalah pengawas yang bertanggungjawab atas harta tuannya. Ketahuilah! Semua kamu adalah pengawas yang bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing". (Hadith riwayat Imam Muslim)