SMPU09US

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

FAKULTI USULUDDIN

Alhamdulillah pada 12ogos 2009, atas cadangan beberapa sahabat maka terhasillah blogspot ini.Salah satu tujuan ialah untuk memasukkan maklumat-maklumat terkini tentang kuliah dan tentang KUPU SB juga amnya.Di harap Blog ini dapat di jadikan rujukan atau panduan saudara-saudari ku. Jikalau biskita adakan dikongsikan, silakan, jgn malu..

MAKLUMAN TERKINI!!SILA AMBIL PERHATIAN

JADUAL PEPERIKSAAN (SMPU09US)SEMESTER 1 BAGI TAHUN 1430H/2009M link ja BERMULA 30/11/2009 BERAKHIR 12/12/2009 Sekian Harap Maklum

Kongsi

Salam...Alhamdulillah dengan izinNya berjumpa kita lagi dengan Ramadhon kali ini.Seperti biasa apabila tiba Ramadhon umat-umat islam di seluruh dunia di wajibkan untuk menunaikan puasa di siang hari.Puasa yang di maksudkan ini ialah dengan menahan diri daripada makan dan minum dan tidak melakukan sebab-sebab yang membatalkan puasa.Salah satu tujuan di wajibkan berpuasa adalah ujian untuk kita menundukkan hawa nafsu.Banyak juga bukti-bukti saintifik dikaitkan dengan orang-orang yang berpuasa ini.Mungkin kita sudah pernah mendengar ataupun sudah sedia maklum.

Amalan Puasa ini ada beberapa peringkat

  1. عوام:Hanya menahan lapar dan dahaga,menahan makan minum sahaja.Dia melakukan pantang larang puasa,melakukan yang makruh dan dosa,Natijahnya=puasanya KOSONG,tidak mendapat perhatian dari Allah.
  2. خاص:Menahan segala larangan puasa dan yang makruh dalam puasa dengan penuh ta'at.
  3. خواض الخواص:
  • Menahan segala larangan puasa,segala dosa,segala yang makruh dalam puasa dan segala keinginan nafsu.
  • Banyak mengerjakan 'amal 'ibadat siang dan malam,seperti solat-solat sunat banyak beristighfar dan taubat,banyak bertasbih,banyak bersalawat,banyak berzikir,berdoa dan membaca Al-Quran.

Diperingkat mana kah kita?Tepuk dada tundukkan nafsu sendiri.Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.Wallahua'lam. .....to be continued....

Rujukan:Kitab Fadhilat Rajab Syaaban Ramadhon,by Budiman Rodhi(1988)

0 comments:

Catat Ulasan



 

Tanggungjawab Setiap Individu
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Ketahuilah! Semua kamu bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing. Amir (ketua) adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rakyatnya, suami adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan keluarganya, isteri adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rumahtangga suaminya dan anak-anaknya; dan hamba-hamba sahaya adalah pengawas yang bertanggungjawab atas harta tuannya. Ketahuilah! Semua kamu adalah pengawas yang bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing". (Hadith riwayat Imam Muslim)