SMPU09US

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

FAKULTI USULUDDIN

Alhamdulillah pada 12ogos 2009, atas cadangan beberapa sahabat maka terhasillah blogspot ini.Salah satu tujuan ialah untuk memasukkan maklumat-maklumat terkini tentang kuliah dan tentang KUPU SB juga amnya.Di harap Blog ini dapat di jadikan rujukan atau panduan saudara-saudari ku. Jikalau biskita adakan dikongsikan, silakan, jgn malu..

MAKLUMAN TERKINI!!SILA AMBIL PERHATIAN

JADUAL PEPERIKSAAN (SMPU09US)SEMESTER 1 BAGI TAHUN 1430H/2009M link ja BERMULA 30/11/2009 BERAKHIR 12/12/2009 Sekian Harap Maklum

Seminar Pendidikan Bertalaqqi Teks Tradisional.

1/2 Zulhijjah 1430h bersamaan 18/19 November 2009m,telah berlangsung satu seminar bertempat di Dewan Besar KUPU SB.Seminar Pendidikan Bertalaqqi Teks Tradisional ini adalah anjuran Fakulti Syari'ah dan Pusat Bahasa,KUPU SB .
Tema Seminar ialah "Mempertahan dan Memperkasa Pendidikan Teks Tradisional".
Di antara Objektif seminar ialah
  1. Memberikan pendedahan tentang peranan dan pentingnya teks tradisional dalam penyebaran ilmu-ilmu Islam.
  2. Memantapkan pendidikan dan pengajian teks tradisional dalam sesebuah Institusi Pengajian Tinggi.

Tetamu Kehormat Majlis pada pembukaan seminar ialah Yang Mulia Awg Haji Mohd Mahdi bin Pehin Orang kaya Digadong Seri Diraja Laila Utama Haji Awg Abdul Rahman .

Sesi Pertama , Pembentangan Kertas Kerja 1 yang bertajuk "Penggunaan Kitab Thurath Sebagai Sumber Hukum dalam Konteks Negara Brunei Darussalam" telah di sampaikan oleh Yang Berhormat PDSM DPSS Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned . Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam .

Kertas Kerja 2 yang bertajuk "Pengajaran dan Pembelajaran Kitab Thurath Di KUPU SB : Satu Analisa" di sampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Zulkifli bin Haji Zakaria PMK Dekan Fakulti Syariah,KUPU SB.

Sesi Kedua , Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA),Yang Mulia Dr Mahyuddin bin Yahaya,membentangkan Kertas Kerja 3 yang bertajuk 'Kitab Thurath : Sejarah dan Sumbangannya Di Alam Melayu .

"Kurikulum Pembelajaran Thurath Islam Secara Talaqqi" tajuk kertas 4 di sampaikan oleh Yang Mulia Dr Abdullah Ramzy Ali Abdullatif Ahmed,Pensyarah KUPU SB .

Pada Sesi Ketiga Kertas Kerja 5 bertajuk " Kaedah Mentahqiq Kitab-kitab Thurath" di bentangkan oleh Pensyarah KUPU SB Yang Mulia Dr Ismail bin Mahmood. "Pengajian Pondok" tajuk Kertas Kerja 6, di sampaikan Oleh Yang Mulia Professor Madya Dr Ariffin bin Omar, pensyarah KUPU SB .

Ucapan dan Pembentangan Resolusi Seminar di sampaikan oleh Ustazah Pg.Hajah Salmiah bte Pg Haji Shahbudin sebelum Ucapan Penutup Tetamu Kehormat Majlis Penutup Seminar , Yang Mulia Pg Haji Bahrom bin Pg Haji Bahar .

Wartawan smpu09us

0 comments:

Catat Ulasan



 

Tanggungjawab Setiap Individu
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Ketahuilah! Semua kamu bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing. Amir (ketua) adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rakyatnya, suami adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan keluarganya, isteri adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rumahtangga suaminya dan anak-anaknya; dan hamba-hamba sahaya adalah pengawas yang bertanggungjawab atas harta tuannya. Ketahuilah! Semua kamu adalah pengawas yang bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing". (Hadith riwayat Imam Muslim)