SMPU09US

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

FAKULTI USULUDDIN

Alhamdulillah pada 12ogos 2009, atas cadangan beberapa sahabat maka terhasillah blogspot ini.Salah satu tujuan ialah untuk memasukkan maklumat-maklumat terkini tentang kuliah dan tentang KUPU SB juga amnya.Di harap Blog ini dapat di jadikan rujukan atau panduan saudara-saudari ku. Jikalau biskita adakan dikongsikan, silakan, jgn malu..

MAKLUMAN TERKINI!!SILA AMBIL PERHATIAN

JADUAL PEPERIKSAAN (SMPU09US)SEMESTER 1 BAGI TAHUN 1430H/2009M link ja BERMULA 30/11/2009 BERAKHIR 12/12/2009 Sekian Harap Maklum

Solat Hajat dan Majlis Perpisahan Mengenang Jasa Pensyarah KUPU SB yang Bersara

3 Zulhijjah 1430h bersamaan 21 November 2009m
Dua Acara telah di adakan di 2 tempat berasingan iaitu Solat Hajat bagi persediaan menghadapi peperiksaan di surau KUPU SB bagi Siswa,(Surau Putri,bagi Siswi),Selesai menunaikan Solat Semua Pensyarah dan Siswa,siswi beredar ke Dewan Besar KUPU SB Bagi Majlis Mengenang Jasa Pensyarah Yang Bersara.
Tetamu Kehormat Majlis , Ustazah Dr. Hjh Masnon Bte Hj Ibrahim .

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah. Diikuti oleh Ucapan Pengerusi Majlis , Ustaz Hj Yahya bin Apong,Seterusnya Ucapan Tetamu Kehormat,Ucapan Wakil Siswa Siswi Awg Haji Mohd Rudy Samsuddin,Pelajar Tahun 1 (smpu09us),Seterusnya Ucapan Wakil Pensyarah Yang diraikan,Ustazah Hjh Azizah bte Haji Mirasan. Seterusnya Penyampaian Cenderahati KUPU SB kepada Pensyarah Yang diraikan.Bacaan Doa Selamat kemudiannya dibacakan oleh Hj Mohd Indera bin Haji Meraji, Pelajar tahun 1 (smpu09sy).


0 comments:

Catat Ulasan



 

Tanggungjawab Setiap Individu
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Ketahuilah! Semua kamu bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing. Amir (ketua) adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rakyatnya, suami adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan keluarganya, isteri adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rumahtangga suaminya dan anak-anaknya; dan hamba-hamba sahaya adalah pengawas yang bertanggungjawab atas harta tuannya. Ketahuilah! Semua kamu adalah pengawas yang bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing". (Hadith riwayat Imam Muslim)