SMPU09US

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

FAKULTI USULUDDIN

Alhamdulillah pada 12ogos 2009, atas cadangan beberapa sahabat maka terhasillah blogspot ini.Salah satu tujuan ialah untuk memasukkan maklumat-maklumat terkini tentang kuliah dan tentang KUPU SB juga amnya.Di harap Blog ini dapat di jadikan rujukan atau panduan saudara-saudari ku. Jikalau biskita adakan dikongsikan, silakan, jgn malu..

MAKLUMAN TERKINI!!SILA AMBIL PERHATIAN

JADUAL PEPERIKSAAN (SMPU09US)SEMESTER 1 BAGI TAHUN 1430H/2009M link ja BERMULA 30/11/2009 BERAKHIR 12/12/2009 Sekian Harap Maklum

3 Terkorban?

Tasawurism?

mengiboismkn diri
rilex sja imam a2




mcm otromen ada jua

بالتوفيق والنجاح




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam Aidil Adha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Solat Hajat dan Majlis Perpisahan Mengenang Jasa Pensyarah KUPU SB yang Bersara

3 Zulhijjah 1430h bersamaan 21 November 2009m
Dua Acara telah di adakan di 2 tempat berasingan iaitu Solat Hajat bagi persediaan menghadapi peperiksaan di surau KUPU SB bagi Siswa,(Surau Putri,bagi Siswi),Selesai menunaikan Solat Semua Pensyarah dan Siswa,siswi beredar ke Dewan Besar KUPU SB Bagi Majlis Mengenang Jasa Pensyarah Yang Bersara.
Tetamu Kehormat Majlis , Ustazah Dr. Hjh Masnon Bte Hj Ibrahim .

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah. Diikuti oleh Ucapan Pengerusi Majlis , Ustaz Hj Yahya bin Apong,Seterusnya Ucapan Tetamu Kehormat,Ucapan Wakil Siswa Siswi Awg Haji Mohd Rudy Samsuddin,Pelajar Tahun 1 (smpu09us),Seterusnya Ucapan Wakil Pensyarah Yang diraikan,Ustazah Hjh Azizah bte Haji Mirasan. Seterusnya Penyampaian Cenderahati KUPU SB kepada Pensyarah Yang diraikan.Bacaan Doa Selamat kemudiannya dibacakan oleh Hj Mohd Indera bin Haji Meraji, Pelajar tahun 1 (smpu09sy).


SMPU09US join Seminar

Seminar Pendidikan Bertalaqqi Teks Tradisional.

1/2 Zulhijjah 1430h bersamaan 18/19 November 2009m,telah berlangsung satu seminar bertempat di Dewan Besar KUPU SB.Seminar Pendidikan Bertalaqqi Teks Tradisional ini adalah anjuran Fakulti Syari'ah dan Pusat Bahasa,KUPU SB .
Tema Seminar ialah "Mempertahan dan Memperkasa Pendidikan Teks Tradisional".
Di antara Objektif seminar ialah
  1. Memberikan pendedahan tentang peranan dan pentingnya teks tradisional dalam penyebaran ilmu-ilmu Islam.
  2. Memantapkan pendidikan dan pengajian teks tradisional dalam sesebuah Institusi Pengajian Tinggi.

Tetamu Kehormat Majlis pada pembukaan seminar ialah Yang Mulia Awg Haji Mohd Mahdi bin Pehin Orang kaya Digadong Seri Diraja Laila Utama Haji Awg Abdul Rahman .

Sesi Pertama , Pembentangan Kertas Kerja 1 yang bertajuk "Penggunaan Kitab Thurath Sebagai Sumber Hukum dalam Konteks Negara Brunei Darussalam" telah di sampaikan oleh Yang Berhormat PDSM DPSS Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned . Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam .

Kertas Kerja 2 yang bertajuk "Pengajaran dan Pembelajaran Kitab Thurath Di KUPU SB : Satu Analisa" di sampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Zulkifli bin Haji Zakaria PMK Dekan Fakulti Syariah,KUPU SB.

Sesi Kedua , Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA),Yang Mulia Dr Mahyuddin bin Yahaya,membentangkan Kertas Kerja 3 yang bertajuk 'Kitab Thurath : Sejarah dan Sumbangannya Di Alam Melayu .

"Kurikulum Pembelajaran Thurath Islam Secara Talaqqi" tajuk kertas 4 di sampaikan oleh Yang Mulia Dr Abdullah Ramzy Ali Abdullatif Ahmed,Pensyarah KUPU SB .

Pada Sesi Ketiga Kertas Kerja 5 bertajuk " Kaedah Mentahqiq Kitab-kitab Thurath" di bentangkan oleh Pensyarah KUPU SB Yang Mulia Dr Ismail bin Mahmood. "Pengajian Pondok" tajuk Kertas Kerja 6, di sampaikan Oleh Yang Mulia Professor Madya Dr Ariffin bin Omar, pensyarah KUPU SB .

Ucapan dan Pembentangan Resolusi Seminar di sampaikan oleh Ustazah Pg.Hajah Salmiah bte Pg Haji Shahbudin sebelum Ucapan Penutup Tetamu Kehormat Majlis Penutup Seminar , Yang Mulia Pg Haji Bahrom bin Pg Haji Bahar .

Wartawan smpu09us

Sekitar Majlis Konvo d ICC 2009 ( Part 2 )

Sekitar Majlis Konvo d ICC 2009

Tahlil Smpu09us Episode 2

Makluman utk 12 Nov 2009

Assalamualaikum...
Esok 12 NOv 2009,Semua Warga KUPU SB Khususnya jua Semua Warga SMPU09US Dikehendaki hadir di majlis Konvokesyen bertempat d ICC Berakas.
According YDP td LDP'an boleh terus kesana n paking dbawah (Indoor Stadium) dan BUS ada dsediakan utk mbwa nek...Jgn aher..Majlis Resmi 2..
Harap Ambil Perhatian...
OK Jumpa awda dsana...dsana..dsana!
Wassalam!

Pics sekitar Majlis Tahlil (1st Episode)

The Making Of ......

Persediaan Majlis Tahlil..Cmane th..sma2 bkaja..iakh 2?


Ne ialah seorang pejuang Tulisan Jawi

Nda kn ilang Jawi di dunia

Majlis Tahlil Smpu09us Family

15 ZulQaedah 1430H bersamaan 4 Nov 2009,Rabu

Majlis Tahlil dan Doa Arwah Bagi Ahli Keluarga SMPU09US yang bertempat di Blok C,Kampus KUPU SB.Ustazah Hjh Zaleha bte Hj Ibrahim,Prof.Dr Ghazali Basri dan Prof Dr.Arifin bin Omar di antara Pensyarah yang hadir di majlis ini.Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh salah seorang siswa Smpu09us,Ustaz Haji Azulhanita,seterusnya Bacaan Tahlil dan Doa di bacakan oleh Ustaz Haji Asmali.Dan Doa Selamat di bacakan oleh Ustaz Haji Rudy.

Doa Penutup seterusnya di bacakan oleh Awg Mohd Arif Bin Abdul Hadi .

Wassalam .

.

Tepat Or No?

Baru sedikit ne...Calun ke2 next YDP

 

Tanggungjawab Setiap Individu
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Ketahuilah! Semua kamu bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing. Amir (ketua) adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rakyatnya, suami adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan keluarganya, isteri adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rumahtangga suaminya dan anak-anaknya; dan hamba-hamba sahaya adalah pengawas yang bertanggungjawab atas harta tuannya. Ketahuilah! Semua kamu adalah pengawas yang bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing". (Hadith riwayat Imam Muslim)